Khamis, Januari 26, 2017

SEMOGA EMAK DAMAI DI SANA

SITI SETIHAH BINTI REDUAN
16/09/1951 - 25/01/2017
EMAK.....

Gambar yang di ambil ketika Emak masih sihat pada tahun 2007.

EMAK...
Tiada lagi jeritan emak memanggil kami. Kami akan rindukan semua itu, tawa mu ketika akhir hayat.

Ampunkan kami semua, Dosa2 kami dari hujung rambut hingga hujung kaki, halalkan makan minum kami, belum puas lagi kami menjaga emak.

Emak pergi dengan tenang, bau wangian emak masih terasa hingga kini. Kenangan kami terlalu banyak bersama emak. Suka duka bersama. Emak semacam sudah tahu Encik dah mulai sakit2 yang selalu menjaga kesihatan emak, makan minum emak.

EMAK...
Di ambil selepas dialisis pada 24/01/17 (Selasa) katanya nak tidur. Ketika ini aku sedang menguruskan Encik dari Hospital Putra Batu Pahat. berpindah ke Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat. 

SEMOGA EMAK DI TEMPATKAN BERSAMA ORANG-ORANG YANG BERIMAN. KAMI AKAN SENTIASA BERDOA AGAR EMAK TENANG DAN DAMAI DI SANA.

Emak....

Ketika ingin semadikan emak, di liang lahat emak di penuhi air sehingga menggunakan 2 pam air untuk mengeringkan air yang memenuhi, dan air yang datang terlalu laju, tetapi alhamdulillah, apabila emak di masukkan ke liang lahat bersama keranda, Air yang banyak tadi kering serta merta.

 
 

Ketika di tanah perkuburan islam Kampong Desa Temu Jodoh, Sebelum Magrib telah selesai Jenazah Emak di semadikan.